Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap
22/03/2023

hm_220323.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Tran Van Khoa yang akan menamatkan perkhidmatan dan Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman, hari ini.

Tuan Yang Terutama Tran Van Khoa telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Jun 2020 lalu.​

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto